Skip to content

Archive

Archive for September 19th, 2009

Iklan Raya tahun 2007 kalau tak silap saya lah…..memang hilang stress bila tengok iklan ni.

Share

Ashraff Sinclair atau nama sebenarnya Ashraff Daniel Bin Mohamad Sinclair adalah classmate aku di ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM) Shah Alam dalam jurusan Senibina (Architecture) pada tahun 1999. Masa sesi orientasi, mamat ni pada mulanya memang aku tak kenal, duduk disebelah aku. Dalam hati aku berkata ” mana punya mat saleh lah yang dapat blajar kat ITM ni,bumiputra ke dia ni?”….

So, dijadilan cerita, dia adalah antara kawan-kawan awal aku semasa blaja di ITM tu. Selang beberapa hari, aku adalah pergi ke kampus dgn menaiki kereta yg dia bawa (kereta kancil mak dia punya la)…Lepas kluar je dari kawasan area parking kereta, aku notice ramai yang aweks-aweks yang memandang ke arah kami….Aku blur sekejap….kenapakah mereka pandang semacam je, siap ada bisik-bisik lagi tu…Zip seluar aku terbuka ke?..huhuhu. Aku buat bodoh aje lah,lantak la diaorang nak tengok-tengok tu.

Selang seminggu, barulah aku dapat tahu yang mamat mat salleh ni rupa-rupanya pelakon Iklan kasut gombak yang kat TV tu….aku memang tak perasan langsung. Yela, iklan tu keluar sebab kegawatan ekonomi tahun 1998/1999, masa tu kempen belilah barangan buatan malaysia. Info yang dia ni pelakon iklan pun aku tahu dari classmate perempuan yang bagi tahu…..Perempuan memang tahu ajer…! hehehehe.

Apa-apa pun, sahabat aku ni telah menetap di Jakarta, Indonesia bersama dengan isteri tercintanya (agaknya dah takde awek cun kat malaysia ni lagi…hehehe) dan meneruskan kariernya sebagai pelakon di sana. Drama terbaru yang aku tengok adalah cerita SEKAR di Astro Prima.

Good luck my friend.

Share

Semoga Raya tahun ini memberi keinsafan kepada kita untuk lebih menyayangi mereka.

Share

Satu lagi iklan raya petronas yang saya memang memberi impak kita sebagai seorang anak…….Sayangilah ibu bapa kita seperti mereka menyayangi kita….

Share

Salam. Hari ini adalah hari terakhir bulan Ramadhan dan ini bermaksud tinggal satu hari aje lagi untuk umat islam menyambut lebaran Syawal. Semoga kehadiran syawal kali ini memberikan seribu kegembiraan kepada kita semua dalam kita menjalani kehidupan kita ini sebagai seorang insan.

Iklan dari Petronas ni memang menyentuh perasaan betul dan nak gelak pun ada…Huhuhuhu….Terima kasih kepada Allahyarham Yasmin Ahamad.

Share