Langkah Pertama
Salam aidilfitri,
Salam syawal. Saya masih lagi bercuti raya. Rasanya sekejap aje cuti ni, minggu depan dah terbayang-bayang kerja kat opis yang nak kena buat. Huhuhuhu. Untuk pengatahuan anda semua, saya bekerja di sektor awam (gomen la) di Jabatan Kerja Raya Melaka sebagai technical assistant (architecture). Next week ada 2 projek nak kena submit pada bos untuk proposal Sukma Melaka 2010. Oh ya, Melaka akan menjadi tuan rumah SUKMA 2010 tahun depan. Mari datang ke melaka beramai-ramai yer.
Sebenarnya tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi maklumat, pandangan, idea dan apa-apa saja berkenaan dengan dunia blogging ini. Yang paling utama adalah saya ingin mengetahui bagaimana cara otai-otai blogger menjana pendapatan melalui blog mereka.
Setelah membuat reasearch dan kajian tentang dunia blog ini, saya dapati ada beberapa perkara yang menjadi asas sebelom kita menceburkan diri di dalam arena blog. Mungkin ada dikalangan anda tertanya-tanya, apa yang kita nak tulis di dalam blog ini kan….Jangan bimbang, saya pada mulanya pun seperti anda semua, ZERO tentang blog ni. Langkah pertama yang saya buat adalah, pergi aje kat GOOGLE tu, search aje pasal blog di Malaysia. Bermacam-macam blog akan keluar di Google tul. Tak percaya? Try la dulu…ehehehe
Bersambung…

