Review – Pakej Kit Blogger

Salam kepada blogger / yang baru nak berblogging.

Pada satu ketika dahulu, aku tak pernah terfikir pun untuk mempunyai blog atau menulis blog seperti sekarang ni. Tapi aku tahulah juga apa yang dikatakan blog kerana aku selalu membaca blog seorang kawan ku bernama JAJA. Secara amnya, blog yang ditulis oleh kawan aku itu merupakan blog peribadi yang mana hasil tulisannya berkisahkan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh dia.  Dia menggunakan blog jenis Blogspot.

Jadi, bagaimanakah pula aku boleh terjebak ke dunia blogging ni?hhuhuhu. Begini ceritanya. Aku sering kali terdengar cerita ni di internet, blogger boleh buat duit. Aku pernah juga bertanya kepada kawan aku si JAJA ni, bagaimana blogger ni buat duit? tapi tiada jawapan yang aku dapat dari dia.

So, apa lagi cara untuk aku dapat kan maklumat itu? Senang aje, guna GOOGLE  la…hehehe. Dari situlah aku mula membuat reseacrh dengan membaca artikel-artikel berkenaan blogger yang buat duit di internet. Dari situlah titik permulaan aku untuk menceburi didalam dunia blogging ini. Keyword nya ialah,Make Money Online. Kalau tak kerana nak buat duit/pasif income, mungkin will power aku untuk membuat blog aku sendiri tidak akan tercapai.

Berbalik kepada tajuk asal arkitel ini, aku mula mencari arkitel-artikel bagaimana caranyanya untuk membuat page blog ini. Yang pasti, aku kurang minatlah untuk menggunakan platform blogspot. So, aku pun mencari alternatif lain. Di pendekkan cerita, aku terbaca artikel berkenaan membuat blog sendiri ini di Rohaizad.com. Di dalam artikel tersebut, beliau telah membuat satu review yang menarik berkenaan Pakej Kit Blogger tersebut. Ulasan dia memang telah menarik minat aku untuk membeli produk tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku terus membuat pesanan di link yang telah disediakan. Dengan bayaran produk sebanyak RM50, aku telah memperolehi Ebook yang amat hebat dan mudah difahami dalam masa 24jam setelah pembayaran dibuat.

Dan inilah hasilnya, blog Emyshahril Dot Com. Menarik bukan? Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk membangunkan blog ini. Apa yang paling penting ialah mengikut langkah-langkah yang telah diberikan. Ikut step by step dan pasti anda akan dapat blog seperti ini juga.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh katakan ialah Pakej Kit Blogger ini memang sangat sesuai untuk bakal-bakal blogger diluar sana kerana penerangannya amat jelas dan lengkap. Memang berbaloi beb…

Related Articles

  • Share/Bookmark

Comments (4)

 

  1. Azri says:

    Salam bro Comot,
    Saya nak tanya sikit. Saya dah beli Blogger kit ni, tapi dalam tutorial tu tak de pun keluar layout macam blog bro ni? Harap dapat membantu.
    Terima kasih.

    [Reply]

    comot Reply:

    Ok. saya faham maksud u. Di dalam Pakej Kit Blogger, theme yang digunakan adalah basic. Theme blog saudara boleh ditukar di dalam “admin page>Aprearance>theme”, untuk menukar theme blog. You juga boleh download theme yang terdapat di internet samada yang berbayar atau pun yang percuma. Untuk theme yang saya guna ini, saya download dari page BlogOhBlog.

    [Reply]

  2. Kobot says:

    Pakej ni memang mantap.. ni la pakej yang telah membimbing saya sehingga ke hari ini..

    [Reply]

    comot Reply:

    Yup. Thanks to Smartzul.

    [Reply]

Leave a Reply