10 Hari Telah Berlalu.
Salam Blogger.
Ya, sepuluh hari telah berlalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yagn telah dirancangkan. Sejak balik dari seminar di JB itu, aku terus aje menyiapkan 3 blog seperti yang telah disarankan. Terus terang aku katakan memang aku tidak sabar untuk melihat dan mendapat hasil dari blog-blog aku tu. Maklum la, aku ni memang jenis yang tak tahu sabar…hehehehe.

Seperti yang ijad penah cakap, untuk 3 bulan yang pertama ni, memang semuanya akan rasa ‘tawar’ belaka. Ye, aku setuju dengan ijad. Mana tak nya, aku dok menghitung hari untuk melepasi ‘tempoh bertenang’ tu…seksanya. Aku juga ingat pesan ijad, kalau nak cepat jadi kaya, dunia blogging bukan untuk aku.
Ayat yang selalu dia cakap, berblogging ni ‘Cool dan Relax’.
Ye, cakap memang la boleh…..tapi bila dh sampai satu tahap, dah tak bleh nak cool lagi dah….tension siott…tengok orang dapat duit hari-hari. Aku bila pulak le nak merasai kemanisan berblogging tu….
Comments (2)


Assalamualaikum saudara Emy shahril aka comot.

Wah, ini kali pertama saya singgah di blog ini. Salam perkenalan saya ucapkan.
Saya pasti, saudara adalah salah seorang yang menyertai seminar yang telah di adakan oleh blogger terkenal malaysia. Saudara rohaizad. Saya juga ada kawan yang sempat pergi ke sana.
benar, jika kita mahu berjaya dalam blogging, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan boleh datang dengan masa yang singkat. Kita kena pandai mengawal perasaan dan buat dengan perlahan. Ini secara tidak langsung memungkin kan kita memahirkan diri untuk menyelami dunia blogging. Sabar sahabatku.
Apa-apa pun saya ucapkan selamat berjaya kepada anda. Ingat, jangan putus asa jika tidak berjaya. Cuba dan cuba lagi!
Harap kita boleh menjadi sahabat. insyaALLAH
salam persahabatan
Assalamualaikum
[Reply]
comot Reply:
November 1st, 2009 at 8:12 am
Terima kasih kerana telah singgah di blog saya. Insyaallah, semua yang telah diajar oleh Rohaizad akan saya gunakan sepenugnya.
[Reply]