Salam Blogger.

Sambungan dari Part 1 & Part 2. Cerita untuk hari yang terakhir di Langkawi. Planning di sebelah pagi setelah selesai bersarapan, terus bergerak ke Makam Mahsuri. Sebenarnya aku malas nak pegi, sebab aku dah penah masuk kawasan tu. Tetapi disebabkan ahli keluarga yang lain belum penah masuk lagi, so aku ikutkan lah aje apa yang mereka nak.

DSCN1035

Setelah selesai melawat di Makam Mahsuri, kami bertolak semula ke Desa Motel untuk check out. Selesai aje check out, aku terus menuju ke sebuah kedai untuk makan tengah hari. Kedai ni memang menjadi pilihan aku setiap kali berkunjung ke Langkawi kerana masakan yang sedap dan harga yang ‘memang kampung punya harga’.

Setelah selesai makan tengah hari, aku terus menuju semula ke Pekan Kuah untuk repeat sekali lagi. Ni semua dah terjebak la ni. Dari plan aku taknak beli barangan household/glassware, dah terjebak dah…..Sebab tak bleh tahan tengok harga yang memang ko takkan dapat kalau beli kat tempat lain. Kalau tak beli, menyesal wo. Bukan hari-hari pegi Langkawi kan. So sasaran tempat adalah di Idaman Suri (idaman surirumah ler tu).

Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Setelah selesai bershopping sakan tak hengat dunia, aku terus ke tempat Snake garden. Dok lepak di bawah pokok-pokok ajer, tak masuk pun. Sambil duduk menyusun barang dan membuat tag pada bungkusan-bungkusan untuk di letakkan di dalam kargo kapal terbang nanti.

Tepat jam 4.30ptg, aku terus bertolak menuju ke Airport Langkawi. Penebangan pukul 7.30 mlm. So banyak lagi masa ni. Aku pun singgah lepak di kawasan sebelah airport kat tepi pantai tu, pekena Laksa Power Langkawi. Memang power.

4402477-Laksa_Power-Pulau_Langkawi

laksa-power

Tepat pukul 6, terus menuju ke Terminal untuk check in flight. Di pendekkan cerita, malang sungguh nasib aku sebab flight terpaksa delay kerana ada kerosakan mekanikal. Dah siap2 masuk dalam flight, tetiba-tiba aje Kapten buat announcement minta semua penumpang-penumpang turun ke terminal semula kerana ada kerosakan. Sabar aje lah. Hampir 1 jam juga menunggu dan akhirnya kami di minta menaiki pesawat semula.

DSCN1043

Related Articles

Share