Lama sudah aku tak update blog ku ini,….
Salam blogger,.
Dah masuk tahun 2010, baru la ni aku nak update blog aku. Last posting aku pada pertengahan bulan Disember 2009 sehinggalah ke hari ini. Dah lebih 30 hari dan juga bertukar tahun baru aku menggagahkan diri aku untuk buka blog aku. Sesungguhnya, tuhan sedang menguji aku, sejauh mana keinginan ku untuk menjadi seorang blogger yang kental, cool dan rileks jer…………huhuhu.
Terus terang aku katakan, memang bukan mudah untuk mencapai tahap ‘Blogger Kental’ . Terlalu banyak sangat cabaran dan dugaan yang aku kena lalui dan tempuhi…….Dan penyebab yang UTAMA telah terjadi pada diri aku ialah aku telah membiarkan diri HILANG FOCUS…..
Bila kita hilang focus, semua kerja-kerja akan menjadi tidak teratur. Pasti juga akan berlakunya job-job yang tak siap, …..Aku telah sedar, jadi sebelum terlewat, baik aku sedarkan diriku ini, sebelum ia lebih jauh hanyut tersasar dari matlamat aku untuk menjadi seorang blogger kental…….


