Salam Blogger

Memanglah aku masih ingat lagi, hasil dari buat bisnes online daripada blog aku yang pertama. Selepas menterjebakkan diri di dalam dunia blogging ni, aku telah dapat mengumpul income advertising lebih kurang USD 100++ dalam masa sebulan. Dan hari ini, aku ingin berkongsikan dengan kawan-kawan aku yang sedang membaca blog aku, apa yang aku lakukan dengan income yang aku dapat tu.

Aku telah membelikan sebuah bag sling jenama COACH (original beb) yang aku kirim dari kawan aku kat US. Kalau nak beli kat butik COACH kat malaysia ni, al maklum lah, punyalah gabak mahalnyerr.. So, minta tolong kawan aku kat sana ….Untuk orang yang tersayang, apa salahnya kan :) . TQ juga utk kawan aku yang tolong belikan tu.

Harga beg sling tu lebih kurang hampir RM300. Itulah hasil daripada aktivi perniagaan online melalui blogging aku yang pertama. Dan selepas itu, banyak lagi yang telah aku beli/gunakan dari income blog advertising ni. Target untuk bulan Mei ini, nak kumpul budget ke Kuala Terengganu, temankan orang rumah pergi Tournament Bowling untuk Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kalau ada masa nanti, aku akan updatekan income advertising untuk bulan april. Insyaallah.

Related Articles

Share