Salam Blogger.

Dah lama juga rasanya aku tak bercerita berkenaan pendapatan dari blog-blog aku. Kali ini aku nak membuat pendedahan yang eksklusif untuk pembaca-pembaca blog aku dengan income yang terbaru aku perolehi. Tapi sebelum tu, korang boleh la menjamu mata dengan screen shot dibawah tu dulu yer . hihiihi

 

Yang aku tulis kat tajuk entri tu adalah  income bertarikh 30 Jun 2011 yang bermula dari bawah $120+$20+$15+$20=$175. Kesemua urusan perniagaan tersebut aku lakukan dalam masa 2 jam sahaja dengan menghantar proposal advertising pakej kepada advertiser. Alhamdulillah, berkat kesabaran selama 2 tahun berkecimpung didalam dunia perniagaan melalui blog ini membuatkan hasil. Dengan 2 Blog Niche yang ber PR4, dapat la aku merasa nikmatnya apa yang dikatakan ‘Buat Duit Dengan Blog’ . :)

Apa macam. OK  tak? Mungkin ada  yang diluar sana bertanya, apakah jenis blog yang aku gunakan. Jawpannya ialah aku menggunakan NICHE ENGLISH BLOG :)

Kepada pembaca diluar sana, kalau ada nak cepat kaya / cepat dapat untung, BLOG / BLOGGING BUKAN UNTUK ANDA!!! Bak kata sifu ROHAIZAD, ‘ Blog/Blogger itu Cool & Relaks’ . Memang COOL bila dapat payment! Hahaha.

Related Articles

Share