Skip to content

Archive

Author Archive

Salam Blogger.

Pagi tadi semasa memandu ke pejabat, aku terdengar lagu soundtrack Upin & Ipin yang dinyanyikan oleh Band PADI dari Indonesia. Lagu yang sangat menarik dan aku rasakan PADI cuba menyampaikan massage kepada peminat dan pendengarnya melalui lagu tersebut.

Seakan-akan tahu suasana tegang diantara Malaysia dan Indonesia sejak kebelakangan ini, Band PADI  mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu lagu ‘perdamaian’ diantara kedua-dua negara serumpun ini.

Semenangnya watak Upin & Ipin amat popular di Malaysia dan  juga Indonesia. Tidak kira kanak-kanak, atau pun orang dewasa menerima watak dan cerita Upin & Ipin.

Ini menunjukkan seni animasi dan muzik sangat Universal dan ia boleh menyatukan kita semua. Diharap juga lagu ini dapat meredakan ‘ketegangan’ diantara kedua-dua negara.

Share

FOTOGRAFI perkahwinan antara perkara paling penting dan wajib, malah tidak seharusnya dilupakan. Sama penting dengan hantaran dan pelamin, fotografi perlu berada dalam susunan persiapan perkahwinan utama.

Dijadikan kenangan, masyarakat dulu mengabadikan foto perkahwinan secara eksklusif dalam studio berlatarbelakangkan gambar tertentu, selain bergambar di pelamin dan bilik tidur. Namun, kini bagaikan satu evolusi baru dalam dunia fotografi perkahwinan, pengantin moden lebih gemar mengabdikan perkahwinan dengan penggambaran di luar lokasi majlis.

Di kenali sebagai ‘Outdoor Wedding Portraiture Shooting’, penggambaran luar lebih eksotik apabila ada pengantin memilih lokasi mencabar seperti di tepi pantai, sawah padi, dalam hutan dan menariknya di tengah kota raya.

Evolusi bidang fotografi perkahwinan semakin luas, malah perspektif semakin berkembang mengikut idea dan trend semasa. Gambar seperti aksi tegak di pelamin dan bilik tidur kurang menjadi perhatian sebaliknya gaya lebih spontan atau ‘candid’ menjadi pilihan terkini kerana pengantin berasakan ia memberi kesan terbaik dalam fotografi perkahwinan.

Spontan adalah teknik terkini yang lebih digemari pengantin dan jurugambar kerana ia nampak lebih semula jadi dan tidak dibuat-buat. Contohnya, gambar senyuman dan ketawa secara spontan lebih cantik daripada senyuman dipaksa.

Selari dengan kehendak dan penawaran daripada jurugambar profesional, pengantin moden lebih gemar bergambar di luar lokasi persandingan. Gaya penggambaran ‘Outdoor Wedding Portraiture Shooting’ sudah mula mendapat pendedahan kira-kira lima tahun lalu, malah menjadi semakin popular pada masa kini.

Berkongsi pandangan mengenai dunia penggambaran luar pengantin, jurugambar perkahwinan profesional, Mohd Subhi Karim, berkata konsep itu bermula daripada idea jurugambar di Barat. continue reading…

Share

emyshahril with saifulnang

Salam Blogger,

Untuk entry kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai workshop yang telah dianjurkan oleh Saiful Nang Akedemi Of Photography (SNAP).

Sememangnya SNAP diwujudkan adalah untuk memberikan segala ilmu yang telah dilalui oleh saudara SN sendiri sejak dari tahun 2004. Beliau berhasrat untuk membantu golongan baru/beginer untuk berjaya menjadi seorang photogapher yang dikenali di Malaysia dan di peringkat anratabangsa.

Banyak sharing yang telah aku perolehi oleh SN bagaimana untuk menjadi seorang photograher bertaraf antarabangsa. Yang pasti, jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang photogapher untuk sampai ke tahap seperti mana yang saudara SN miliki sekarang.

Share
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Perkahwinan adalah hari yang paling bersejarah bagi pasangan yang bakal melangsungkannya. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan agar hari yang bersejarah itu tidak dicemarkan oleh elemen-elemen yang membuatkan anda menyesal seumur hidup.

Bagi kebanyakan orang (terutama kepada bakal pengantin baru), perkahwinan hanya berlangsung sekali sahaja. Selesai majlis, semuanya akan pulang. Pelamin yang dihias cantik hanya disewa. Ia akan ditanggalkan dan dipulangkan. Sut pengantin yang indah seperti songket, keris dan sebagainya akan dikembalikan. Solekan mak andam yang membuatkan anda kelihatan cantik seperti artis akan pudar selepas dibasuh. Semuanya akan lenyap dalam masa sehari. Mungkin inai sahaja yang tinggal kekal dalam masa seminggu-dua.

Tinggal satu sahaja yang mampu mengekalkan detik-detik bersejarah anda sehingga ke akhir hayat – iaitu gambar.

continue reading…

Share

Lokasi : Tadika Iman, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.

Share