Skip to content

Archive

Category: Blog

Salam Blogger,

Pagi ni seperti biasalah, sampai aje kat opis, terus check email . Mana lah tahu kalau-kalau ada new job untuk blog-blog English aku. Alangkah bestnyerrr bila aku tengok 2 dari 7 blog aku telah mendapat upgrade PR nya kepada PR2. Ini bermaksud, value untuk demand harga kepada advertiser boleh di UPGRADE lagi la ni…hehehe….Inilah rezeki dipagi hari Isnin…….. :)

Share

Salam blogger.

Fuhh…lama betul aku dah tak update blog aku ni…..heheheh…maklumlah, ni semua penangan FACEBOOK. Asyik dok melayankan facebook ajer, sampai blog sulung aku ni yang terbiar…huhuhu.

Ok, hari ini aku nak berkongsi sedikit cerita ‘murah rezeki’ yang aku terima pada awal pagi tadi. Aku telah mendapat satu email dari pembaca “blog buat duit’ aku. Pembaca ni berminat untuk melanggan iklan di blog aku tu. Siapa sangka, dari pembaca blog terus menjadi pelanggan aku…rezeki,..rezeki…Alhamdulillah.

Share

Salam Blogger…

Akhirnya usaha aku selama 3 bulan yang lepas telah membuahkan hasil. Segala ilmu yang telah di pelajari semasa menghadiri Seminar Smartblogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad, telah aku praktikkan dan akhirnya 2 dari 7 blog niche aku telah dianugerahkan PR oleh google.

Bila dah dapat PR ni, bermakna blog-blog aku tu dah boleh ‘demand’ skit harga kepada advertiser….hehehehe…bukannya apa, pada masa ini lah untuk kita menambahkan pendapatan dari blog kita. Tetapi jangan juga dilupakan, dalam masa yang sama, kita perlu meneruskan juga untuk mengupdate blog-blog yang lain, membuat ‘link building’ supaya blog-blog yang lain juga akan dianugerahkan PR di masa hadapan…..

Share

blogging-for-money2

Salam blogger.

Hari ni saudara Rohaizad telah berkongsi cerita mengenai peserta-peserta beliau yang telah mendapatkan pulangan yang aku rasa, banyaklah juga…..Aku juga merupakan salah seorang daripada anak murid dia, cuma aku lebih junior lah kalau nak dibandingkan dengan testimoni-testimoni yang ditunjukkan didalam blog dia . Korang boleh baca artikel selanjutnya di sini….

Share

Salam blogger.

Aku nak berkongsi maklumat tentang istilah/ungkapan/perkataan yang digunakan didalam dunia internet. Mungkin ada diantara pembaca blog aku ni memang dah cukup mahir dengan istilah-istilah ini. Tapi takpe, just nak refreshkan semula untuk diri aku sendiri dan memberikan maklumat kepada kawan-kawan yang baru dalam dunia internet ini.Di antara perkataan-perkataan yang sangat popular adalah seperti SEO, SERP, Pagerank, Backlink, OBL, IBL ,etc.

link0

Untuk permulaan, aku memilih perkataan asas yang paling mudak iaitu LINK. Dalam bahasa melayu kita bermaksud ‘rangkaian’ / ‘pautan’ . Di dalam sesebuah pembinaan laman web, ‘link’ adalah  perkara yang mesti/pasti ada di dalam website tersebut. Contoh yang paling mudah seperti dalam gambar dibawah ini.

linkpic

Kesemua yang aku ‘tanda kuning’ mempunyai ‘link’,  yang mana apabila link itu di ‘klik’ ia akan pergi ke muka/page yang telah ditetapkan. Bolah cuba klik yer….jangan tak cuba.

Banyak lagi istilah-istilah yang akan di terangkan di artikel yang akan datang. Tunggu!!!

Share