Salah satu kumpulan rock kapak kegemaranku, PUTRA yang berasal dari bumi Hang Tuah. Salah satu idola aku masa zaman persekolahan….Teringat lagi pada masa tu, nak jadi mat rock punya pasal, aku sanggup meng’oter’ kan seluar sekolah ku supaya jadi ‘fit’….ketat giler. Kalaulah lah masa tu nak ter’kucil’, punya la azab nak buka seluar tu….mesti korang boleh gambarkan….hehee.
Apa-apa pun, kita layan je lagu rock kapak ni….Khas untuk aweks yang bernama NAZIRA…..Jap lagi ada jamuan raya kat opis aku ni…hehehe.
Satu lagi gitaris Youtube yang sangat hebat….dalam sekelip mata aje terkenal seluruh dunia….Tabik spring beb……Masa mula-mula tengok clip dia 2 tahun yang lepas, aku terpegun dengan kepantasan jari-jemari dia yang menekan not-not pada fret gitar….memang bunyinya sangat ‘clean’…
Ashraff Sinclair atau nama sebenarnya Ashraff Daniel Bin Mohamad Sinclair adalah classmate aku di ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM) Shah Alam dalam jurusan Senibina (Architecture) pada tahun 1999. Masa sesi orientasi, mamat ni pada mulanya memang aku tak kenal, duduk disebelah aku. Dalam hati aku berkata ” mana punya mat saleh lah yang dapat blajar kat ITM ni,bumiputra ke dia ni?”….
So, dijadilan cerita, dia adalah antara kawan-kawan awal aku semasa blaja di ITM tu. Selang beberapa hari, aku adalah pergi ke kampus dgn menaiki kereta yg dia bawa (kereta kancil mak dia punya la)…Lepas kluar je dari kawasan area parking kereta, aku notice ramai yang aweks-aweks yang memandang ke arah kami….Aku blur sekejap….kenapakah mereka pandang semacam je, siap ada bisik-bisik lagi tu…Zip seluar aku terbuka ke?..huhuhu. Aku buat bodoh aje lah,lantak la diaorang nak tengok-tengok tu.
Selang seminggu, barulah aku dapat tahu yang mamat mat salleh ni rupa-rupanya pelakon Iklan kasut gombak yang kat TV tu….aku memang tak perasan langsung. Yela, iklan tu keluar sebab kegawatan ekonomi tahun 1998/1999, masa tu kempen belilah barangan buatan malaysia. Info yang dia ni pelakon iklan pun aku tahu dari classmate perempuan yang bagi tahu…..Perempuan memang tahu ajer…! hehehehe.
Apa-apa pun, sahabat aku ni telah menetap di Jakarta, Indonesia bersama dengan isteri tercintanya (agaknya dah takde awek cun kat malaysia ni lagi…hehehe) dan meneruskan kariernya sebagai pelakon di sana. Drama terbaru yang aku tengok adalah cerita SEKAR di Astro Prima.