Skip to content

Archive

Category: Personal / Aktiviti

Salam Blogger.

Seperti yang aku janjikan, entry kali ini aku ingin berkongsi aktiviti photography aku pada musim cuti sekolah yang lepas. Sebelum aku terlupa , aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pasangan Feza dan Firdaus  kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk merakam kan detik manis dan kenangan indah di majlis pernikahan mereka.

Untuk pertama kalinya kini aku berkongsi gambar-gambar yang telah aku ambil semasa majlis tersebut berlangsung. Sebelum ini aku ada juga mengambil gambar majlis perkahwinan tapi aku tidak menyiarkannya di blog aku kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku ambil tu masih mentah, masih di dalam pembelajaran.

Setelah hampir setahun menceburi dan mendalami ilmu bidang photography ini, sudah tiba masanya aku untuk berkongsi dengan kawan-kawan aku diluar sana….

P/s : Gambar yang selebihnya boleh view disini

Share


Salam Blogger.

Dah 6 bulan lebih aku tak update pun blog ni, dah naik berkulat agaknya. Yang sebenarnya aku memang dah kurang aktif didalam blogging ni semenjak dua menjak ni. Walaubagaimanapun, aku akan cuba la sedaya upaya aku untuk mengupdate kan nya juga.

Ada beberapa posting yang akan menyusul selepas ini di mana akan aku kongsikan beberapa wedding event yang telah aku cover di musim cuti persekolahan yang telah berlalu pada awal Jun 2011. Nanti kan yer. Zaassssssssssss….

Share

Salam Blogger,

Hari ini tanggal 17 September 2010, genap usia setahun Blog Emy Shahril Dot Com. Banyak yang telah aku pelajari di dalam kehidupan dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, aku dapat menambahkan kenalan aku dan aku ingin merakamkan perhargaan ini kepada saudara Rohaizad yang telah memberi aku peluang untuk lebih mengenali dunia blogging ini dan seterusnya menjana pendapatan secara online :)

Share

Salam blogger,

Sempena bulan Syawal yang akan menjelang tiba ini, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan sekirnya ada terlanjur percakapan, terkasar bahasa, etc. Semoga hari raya tahun ini akan membawakan seribu keberkatan kepada kita semua. Insyaallah.

Share

Kredit kpd CahayaYangBaik – petikan dari forum Digital Mukmin Photography

Semak 7 Checklist Sebelum Menembak…

Assalamualaikum..

Ni saya nok share tips2 pada fotografer2 beginner. biasanya kita geng2 cap ayam nih kelam kabut nok ambik gambor, tapi bila doh ambik, baru nampak gambor tak menjadi atau kurang cantik akibat setting lintang pukang. biasakan diri check 7 setting penting nih sebelum ambik gambor. anda akan nampak perubahan keprofesionalan gambar2 anda:

1. Kualiti:

Set kepada RAW. dengan setting RAW anda masih boleh membetulkan beberapa kesalahan berbanding gambar format JPEG.

2. ISO:

ini bergantung kepada keadaan. sebagai peraturan umum, gambar aksi pada ISO 400, subjek umum ISO 200, dalam studio atau high quality pada ISO 100. Keadaan cuaca dan cahaya juga mempengaruhi setting ISO ni. dalam rumah (siang) pada ISO 400 atau kurang, dalam rumah (malam) pada ISO 500 ke 800. Elakkan ISO 1600 atau lebih tinggi kerana noise akan timbul lebih banyak kecuali komera yang high-end seperti D3 yg dapat mengawal noise dengan lebih baik.

continue reading…

Share