Skip to content

Archive

Category: Ulasan/Review

Salam Blogger.

Seperti yang aku janjikan, entry kali ini aku ingin berkongsi aktiviti photography aku pada musim cuti sekolah yang lepas. Sebelum aku terlupa , aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pasangan Feza dan Firdaus  kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk merakam kan detik manis dan kenangan indah di majlis pernikahan mereka.

Untuk pertama kalinya kini aku berkongsi gambar-gambar yang telah aku ambil semasa majlis tersebut berlangsung. Sebelum ini aku ada juga mengambil gambar majlis perkahwinan tapi aku tidak menyiarkannya di blog aku kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku ambil tu masih mentah, masih di dalam pembelajaran.

Setelah hampir setahun menceburi dan mendalami ilmu bidang photography ini, sudah tiba masanya aku untuk berkongsi dengan kawan-kawan aku diluar sana….

P/s : Gambar yang selebihnya boleh view disini

Share


Salam Blogger.

Dah 6 bulan lebih aku tak update pun blog ni, dah naik berkulat agaknya. Yang sebenarnya aku memang dah kurang aktif didalam blogging ni semenjak dua menjak ni. Walaubagaimanapun, aku akan cuba la sedaya upaya aku untuk mengupdate kan nya juga.

Ada beberapa posting yang akan menyusul selepas ini di mana akan aku kongsikan beberapa wedding event yang telah aku cover di musim cuti persekolahan yang telah berlalu pada awal Jun 2011. Nanti kan yer. Zaassssssssssss….

Share

Merealisasi Imaginasi Fotografi Perkahwinan

Salam Blogger.

Itu adalah tema bagi seminar yang telah berlansung di Hotel Landmark , Batu Pahat Johor hari ini. Seawal jam 7 pagi aku bertolak  dari Ayer Keroh Melaka menuju ke BP. Keputusan untuk menyertai seminar ini dibuat last minit. Nasib baik masih ada tempat kosong lagi untuk aku sertai. Alhamdulillah.

Seminar ini dianjukan oleh Kelab Fotografi Selatan (K’FOSE) Batu Pahat , Johor. Seminar yang dianjurkan di tempat sendiri tak pergi, yang luar dari Melaka juga yang aku terjah….Hahahaha. Seminar/Bengkel/Workshop fotografi kali ini adalah yang ke-3 sepanjang tempoh 6 bulan aku mempunyai DSLR. Banyak modal dah kluar ni, dari yang paling mahal ( SNAP ), lepas tu  workshop editing dari Ikwan & Ujang di UTM dan terkini anjuran K’FOSE plak. Job tak dapat lagi ni….huhuhuh.

Cuma apa yang aku ingin bagitahu disini, walau banyak mana pun kursus/seminar/bengkel yang kita hadiri, tapi kalau kita tak praktikan pasa situasi yang sebenar, sampai bila-bila pun kita takkan berkembang. Aku mengharapkan , pelaburan yang telah aku buat ini, dapat di gunakan pada situasi yang sebenar-benarnya, barulah aku akan dapat menilai sejauh mana kefahaman ilmu yang telah aku perolehi dari menghadiri bengkel-bengkel ini.

Insyaallah, mudah-mudahan rezeki aku pada tahun 2011 akan bertambah dan mendapat keberkatan. Amin.

Share

Salam Blogger.

Pagi tadi semasa memandu ke pejabat, aku terdengar lagu soundtrack Upin & Ipin yang dinyanyikan oleh Band PADI dari Indonesia. Lagu yang sangat menarik dan aku rasakan PADI cuba menyampaikan massage kepada peminat dan pendengarnya melalui lagu tersebut.

Seakan-akan tahu suasana tegang diantara Malaysia dan Indonesia sejak kebelakangan ini, Band PADI  mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu lagu ‘perdamaian’ diantara kedua-dua negara serumpun ini.

Semenangnya watak Upin & Ipin amat popular di Malaysia dan  juga Indonesia. Tidak kira kanak-kanak, atau pun orang dewasa menerima watak dan cerita Upin & Ipin.

Ini menunjukkan seni animasi dan muzik sangat Universal dan ia boleh menyatukan kita semua. Diharap juga lagu ini dapat meredakan ‘ketegangan’ diantara kedua-dua negara.

Share

emyshahril with saifulnang

Salam Blogger,

Untuk entry kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai workshop yang telah dianjurkan oleh Saiful Nang Akedemi Of Photography (SNAP).

Sememangnya SNAP diwujudkan adalah untuk memberikan segala ilmu yang telah dilalui oleh saudara SN sendiri sejak dari tahun 2004. Beliau berhasrat untuk membantu golongan baru/beginer untuk berjaya menjadi seorang photogapher yang dikenali di Malaysia dan di peringkat anratabangsa.

Banyak sharing yang telah aku perolehi oleh SN bagaimana untuk menjadi seorang photograher bertaraf antarabangsa. Yang pasti, jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang photogapher untuk sampai ke tahap seperti mana yang saudara SN miliki sekarang.

Share