Pemilik Blog
Comot a.k.a Emy shahril Omar, dilahirkan pada 28 Mei 1977 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di SRK Ismail Dua, Muar sehingga darjah 4. Kemudian mengikut keluarga berpindah ke Merlimau, Melaka. Sambung belajar di SRK Merlimau Satu – darjah 5-6. Kemudian sekolah menengah di Sekolah Dato Abdul Rahman Yaakub sehingga tamat tingkatan 5. Mendapat Sijil Senibina di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang pada tahun 1995-1997. Seterusnya membuat Diploma in Architechture di ITM Shah Alam untuk 1 semester (masa ni lah kenal dengan Ashraf Sinclair tu). Stop study dari ITM, pindah ke Politeknik Ungku Omar. Ipoh Perak pada tahun 1999-2000 untuk sambung Diploma hanya setahun sahaja lagi. Sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata . Sekarang ni aku sedang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka.
P/s: Semua maklumat diatas adalah benar dan tepat semasa saya menulis arkitel ini. – 18 /09/09.

