Skip to content

Archive

Tag: Blog


Salam Blogger.

Dah 6 bulan lebih aku tak update pun blog ni, dah naik berkulat agaknya. Yang sebenarnya aku memang dah kurang aktif didalam blogging ni semenjak dua menjak ni. Walaubagaimanapun, aku akan cuba la sedaya upaya aku untuk mengupdate kan nya juga.

Ada beberapa posting yang akan menyusul selepas ini di mana akan aku kongsikan beberapa wedding event yang telah aku cover di musim cuti persekolahan yang telah berlalu pada awal Jun 2011. Nanti kan yer. Zaassssssssssss….

Share

Salam Blogger,

Hari ini tanggal 17 September 2010, genap usia setahun Blog Emy Shahril Dot Com. Banyak yang telah aku pelajari di dalam kehidupan dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, aku dapat menambahkan kenalan aku dan aku ingin merakamkan perhargaan ini kepada saudara Rohaizad yang telah memberi aku peluang untuk lebih mengenali dunia blogging ini dan seterusnya menjana pendapatan secara online :)

Share

Salam Blogger.

Malasnya aku nak pergi kerja hari ni…huhuh. Ini semua disebabkan 4 hari yang lepas aku telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Memang syok pergi kursus ni, dari pagi sampai ke malam, ada  6 kali makan… Makan ajer……hahaha.

Oklah, seperti yang aku beritahu pada entry yang lepas, aku nak updatekan income dari blogging untuk bulan April 2010 seperti di bawah ni :

Total income = USD162.00 .Bulan ni ada sedikit kurang tetapi alhamdulillah, still lagi bleh cover bayar bil streamyx, hosting, etc. Biasalah, adat orang berniaga, ada kalanya dapat lebih dan ada kalanya juga, tak ada langsung.. :)

Semoga dapat memotivasikan kawan-kawan yang baru aje mendapat ilmu dari seminar Smart Blogging bersama dengan Rohaizad.

Share

Salam Blogger

Memanglah aku masih ingat lagi, hasil dari buat bisnes online daripada blog aku yang pertama. Selepas menterjebakkan diri di dalam dunia blogging ni, aku telah dapat mengumpul income advertising lebih kurang USD 100++ dalam masa sebulan. Dan hari ini, aku ingin berkongsikan dengan kawan-kawan aku yang sedang membaca blog aku, apa yang aku lakukan dengan income yang aku dapat tu.

Aku telah membelikan sebuah bag sling jenama COACH (original beb) yang aku kirim dari kawan aku kat US. Kalau nak beli kat butik COACH kat malaysia ni, al maklum lah, punyalah gabak mahalnyerr.. So, minta tolong kawan aku kat sana ….Untuk orang yang tersayang, apa salahnya kan :) . TQ juga utk kawan aku yang tolong belikan tu.

Harga beg sling tu lebih kurang hampir RM300. Itulah hasil daripada aktivi perniagaan online melalui blogging aku yang pertama. Dan selepas itu, banyak lagi yang telah aku beli/gunakan dari income blog advertising ni. Target untuk bulan Mei ini, nak kumpul budget ke Kuala Terengganu, temankan orang rumah pergi Tournament Bowling untuk Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kalau ada masa nanti, aku akan updatekan income advertising untuk bulan april. Insyaallah.

Share

Salam Blogger…

Akhirnya usaha aku selama 3 bulan yang lepas telah membuahkan hasil. Segala ilmu yang telah di pelajari semasa menghadiri Seminar Smartblogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad, telah aku praktikkan dan akhirnya 2 dari 7 blog niche aku telah dianugerahkan PR oleh google.

Bila dah dapat PR ni, bermakna blog-blog aku tu dah boleh ‘demand’ skit harga kepada advertiser….hehehehe…bukannya apa, pada masa ini lah untuk kita menambahkan pendapatan dari blog kita. Tetapi jangan juga dilupakan, dalam masa yang sama, kita perlu meneruskan juga untuk mengupdate blog-blog yang lain, membuat ‘link building’ supaya blog-blog yang lain juga akan dianugerahkan PR di masa hadapan…..

Share