Skip to content

Archive

Tag: Blogger


Salam Blogger.

Dah 6 bulan lebih aku tak update pun blog ni, dah naik berkulat agaknya. Yang sebenarnya aku memang dah kurang aktif didalam blogging ni semenjak dua menjak ni. Walaubagaimanapun, aku akan cuba la sedaya upaya aku untuk mengupdate kan nya juga.

Ada beberapa posting yang akan menyusul selepas ini di mana akan aku kongsikan beberapa wedding event yang telah aku cover di musim cuti persekolahan yang telah berlalu pada awal Jun 2011. Nanti kan yer. Zaassssssssssss….

Share

Salam Blogger,

Hari ini tanggal 17 September 2010, genap usia setahun Blog Emy Shahril Dot Com. Banyak yang telah aku pelajari di dalam kehidupan dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, aku dapat menambahkan kenalan aku dan aku ingin merakamkan perhargaan ini kepada saudara Rohaizad yang telah memberi aku peluang untuk lebih mengenali dunia blogging ini dan seterusnya menjana pendapatan secara online :)

Share

Salam Blogger.

Sebenarnya menjadi seorang part-time blogger ni memanglah nampak macam mudah. Tetapi hakikatnya ia untuk menguruskan masa untuk berblogging ni memang menjadi satu cabaran kepada aku. Maklum lah, aku dah memang semestinya mempunyai kerja tetap/ tugas harian yang perlu dilaksanakan. Tak macam full-time Pro Blogger kita ni sorang ni, time orang tido, dia kerja, time kita kerja, dia bleh la bangun lambat….huhuhu. Memang kental!!

Bagi part-time blogger yang macam aku ni, boleh dikatakan masih baru lagi..baru nak mengenal dunia blogging ni. Kalau di kirakan brapa lama aku start berbongging ni, aku rasa baru masuk bulan ke-8 ajer. Kalau ikut umur baby yang baru 8 bulan, apa la yang boleh buat….baru nak blajar merangkak agaknya.

Yang bestnya jadi blogger ni, walaupun baru 8 bulan, aku telah merasai jumlah terkumpul menjana pendapatan dari berblongging hampir USD1k. Average setiap bulan aku perolehi dalam USD100.00.

Screenshot kat bawah ni, income untuk sepanjang bulan Mac 2010. (klik gambar untuk gambaran yang lebih jelas)

Yang ni plak untuk bulan April 2010, setakat 8/4/2010. – USD 62.00 (klik gambar untuk gambaran yang lebih jelas)

Skit ajer tu kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang lebih kental….Ingin kenali mereka, anda boleh baca di sini………….

Share

Salam Blogger…

Akhirnya usaha aku selama 3 bulan yang lepas telah membuahkan hasil. Segala ilmu yang telah di pelajari semasa menghadiri Seminar Smartblogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad, telah aku praktikkan dan akhirnya 2 dari 7 blog niche aku telah dianugerahkan PR oleh google.

Bila dah dapat PR ni, bermakna blog-blog aku tu dah boleh ‘demand’ skit harga kepada advertiser….hehehehe…bukannya apa, pada masa ini lah untuk kita menambahkan pendapatan dari blog kita. Tetapi jangan juga dilupakan, dalam masa yang sama, kita perlu meneruskan juga untuk mengupdate blog-blog yang lain, membuat ‘link building’ supaya blog-blog yang lain juga akan dianugerahkan PR di masa hadapan…..

Share

Salam Blogger.

Catatan aku hari ini adalah untuk berkongsi cerita mengenai peluang menjana pendapatan melalui blogging dan blog design. Pendapatan sehingga 13 Disember 2009 adalah seperti di bawah :

paypal-dis09

Jumlah terkumpul untuk Bulan Disember 2009 sahaja sehingga 13/12/2009 adalah sebanyak USD117 = RM 409.00. Alhamdulillah.

Share