Salam Blogger.
Sambungan dari Part 1 & Part 2. Cerita untuk hari yang terakhir di Langkawi. Planning di sebelah pagi setelah selesai bersarapan, terus bergerak ke Makam Mahsuri. Sebenarnya aku malas nak pegi, sebab aku dah penah masuk kawasan tu. Tetapi disebabkan ahli keluarga yang lain belum penah masuk lagi, so aku ikutkan lah aje apa yang mereka nak.

Setelah selesai melawat di Makam Mahsuri, kami bertolak semula ke Desa Motel untuk check out. Selesai aje check out, aku terus menuju ke sebuah kedai untuk makan tengah hari. Kedai ni memang menjadi pilihan aku setiap kali berkunjung ke Langkawi kerana masakan yang sedap dan harga yang ‘memang kampung punya harga’.
Setelah selesai makan tengah hari, aku terus menuju semula ke Pekan Kuah untuk repeat sekali lagi. Ni semua dah terjebak la ni. Dari plan aku taknak beli barangan household/glassware, dah terjebak dah…..Sebab tak bleh tahan tengok harga yang memang ko takkan dapat kalau beli kat tempat lain. Kalau tak beli, menyesal wo. Bukan hari-hari pegi Langkawi kan. So sasaran tempat adalah di Idaman Suri (idaman surirumah ler tu).
Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Setelah selesai bershopping sakan tak hengat dunia, aku terus ke tempat Snake garden. Dok lepak di bawah pokok-pokok ajer, tak masuk pun. Sambil duduk menyusun barang dan membuat tag pada bungkusan-bungkusan untuk di letakkan di dalam kargo kapal terbang nanti.
Tepat jam 4.30ptg, aku terus bertolak menuju ke Airport Langkawi. Penebangan pukul 7.30 mlm. So banyak lagi masa ni. Aku pun singgah lepak di kawasan sebelah airport kat tepi pantai tu, pekena Laksa Power Langkawi. Memang power.


Tepat pukul 6, terus menuju ke Terminal untuk check in flight. Di pendekkan cerita, malang sungguh nasib aku sebab flight terpaksa delay kerana ada kerosakan mekanikal. Dah siap2 masuk dalam flight, tetiba-tiba aje Kapten buat announcement minta semua penumpang-penumpang turun ke terminal semula kerana ada kerosakan. Sabar aje lah. Hampir 1 jam juga menunggu dan akhirnya kami di minta menaiki pesawat semula.

Salam Blogger.
Sambungan cerita dari part 1. Hari kedua di Langkawi. Rancangan pada sebelah pagi ni, aku nak pergi ke Pekan Kuah, untuk cari barang-barang yang telah dikirimkan oleh opismate aku. Yang pasti, coklat menjadi barang yang utama untuk di shopping. Yang Pasti, takde shopping untuk barang-barang glassware…hehehheeh.

Di sebelah petang pula, aku akan bergerak untuk trip ‘Island Hopping’. Untuk memudahkan kami bergerak, aku telah menempah satu bot untuk 2 keluarga. Aku rasa lebih mudah kerana, kita boleh arrangekan masa sendiri berapa lama kita nak stay kat pulau-pulau yang ada tu nanti. Satu bot/8-9 orang berharga RM200 untuk 4 jam.


To be continue…

Salam Bogger.
Baru je sampai di Langkawi , terus je pergi check in di Desa Motel(ada wifi lagi tu, bleh update blog…hehehe), pantai Cenang Langkawi. Perjalanan hari ini berjalan dengan lancar. Aku bertolak dari melaka ke KLIA pukul 7.30 pagi. . Sampai di KLIA jam 10 pg. Penerbangan ke Langkawi menaiki pesawat MH 1438 jam 11.00 pg. Touch down di Langkawi jam 12.15 tgh hari. Brother yang aku booking kereta dah menunggu. Sebiji kereta Gen 2 dan sebiji lagi Wira. Buat pengatahuan korang, aku pergi dua keluarga, bersama-sama dengan keluarga kawan orang rumah aku. Sekarang ni, tengah lepak-lepak kat motel. Jap lagi nak keluar pegi lunch di Padang Mat Sirat then terus ke Cable Car…..



Nanti aku update lagi jalan-jalan cari idea untuk blog…hhehehe.