Skip to content

Archive

Tag: Make Money Online

Salam Blogger…

Akhirnya usaha aku selama 3 bulan yang lepas telah membuahkan hasil. Segala ilmu yang telah di pelajari semasa menghadiri Seminar Smartblogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad, telah aku praktikkan dan akhirnya 2 dari 7 blog niche aku telah dianugerahkan PR oleh google.

Bila dah dapat PR ni, bermakna blog-blog aku tu dah boleh ‘demand’ skit harga kepada advertiser….hehehehe…bukannya apa, pada masa ini lah untuk kita menambahkan pendapatan dari blog kita. Tetapi jangan juga dilupakan, dalam masa yang sama, kita perlu meneruskan juga untuk mengupdate blog-blog yang lain, membuat ‘link building’ supaya blog-blog yang lain juga akan dianugerahkan PR di masa hadapan…..

Share

Salam Blogger.

Catatan aku hari ini adalah untuk berkongsi cerita mengenai peluang menjana pendapatan melalui blogging dan blog design. Pendapatan sehingga 13 Disember 2009 adalah seperti di bawah :

paypal-dis09

Jumlah terkumpul untuk Bulan Disember 2009 sahaja sehingga 13/12/2009 adalah sebanyak USD117 = RM 409.00. Alhamdulillah.

Share

blogging-for-money2

Salam blogger.

Hari ni saudara Rohaizad telah berkongsi cerita mengenai peserta-peserta beliau yang telah mendapatkan pulangan yang aku rasa, banyaklah juga…..Aku juga merupakan salah seorang daripada anak murid dia, cuma aku lebih junior lah kalau nak dibandingkan dengan testimoni-testimoni yang ditunjukkan didalam blog dia . Korang boleh baca artikel selanjutnya di sini….

Share

make-money-on-line-thumb

Salam Blogger,

Fuh…lama rasanya tak update blog ni. Mana taknya, sekarang ni tengah sibuk belajar coding untuk buat wp theme…huhuuhu. Berasap juga la kepala ni untuk faham kan tutorial dan internet. Kalau lah ada yang sudi jadi cikgu untuk ajarkan aku coding word press ni kan bagus…hehehe.

Oklah, taknak cerita banyak, kali ni aku nak bagi tahu jumlah terkumpul pendapatan dengan bisnes internet secara sambilan ni. First payment aku dapat 10 /11/2009  sehinggalah pada 27/11/2009. Lihat screenshot di bawah:

paypal

Jumlah terkumpul ialah USD42.00 = RM147± . Boleh lah bayar duit streamyx dan celcom broadband aku. Hehehe. Sikit je tu, ada saudara kita ni leh dapat more then USD100 satu hari lagi gempak….Otai blogger la katakan, mana leh lawan tok guru…hehehehe.

Tapi takpe, lama-lama nanti, naik lagi la nanti. Next target, bleh tolong bayarkan duit rumah plak. Hehehehehe.

Share

Salam Blogger.

Persoalan selama ini yang telah bermain di fikiran aku “Betul ke boleh buat duit dari Blog?” akhirnya terbukti. Mengapa aku cakap begitu? Kerana aku telah mendapat duit dari blog la :) . Bermakna, memang betulah apa yang selama ini aku dengar dari orang cerita buat duit dari blog.

71014_MoneyHappiness_vl-vertical

Bagi aku, ilmu yang aku dapat dari menghadiri seminar blogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad, memang berbabaloi. Ilmu dan perngorbanannya memang tak ternilai dengan wang telah aku keluarkan untuk menghadiri seminar tersebut.

Di bawah ini adalah bukit screenshot akaun paypal aku telah dibayar sebanyak $10 USD, walaupun aku newbies didalam bidang ini.

Apa yang pasti, memang tiada jalan pintas untuk mendapatkan duit dengan blogging. Kalau nak jadi cepat kaya, duit dari blogging bukan untuk anda! Bak kata problogger…..

“Blongging itu Cool & Relaks”

Share