Skip to content

Archive

Tag: Make Money Online

Salam Blogger.

Ya, sepuluh hari telah berlalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yagn telah dirancangkan. Sejak balik dari seminar di JB itu, aku terus aje menyiapkan 3 blog seperti yang telah disarankan. Terus terang aku katakan memang aku tidak sabar untuk melihat dan mendapat hasil dari blog-blog aku tu. Maklum la, aku ni memang jenis yang  tak tahu  sabar…hehehehe.

blogging-for-money2

Seperti yang ijad penah cakap, untuk 3 bulan yang pertama ni, memang semuanya akan rasa ‘tawar’ belaka. Ye, aku setuju dengan ijad. Mana tak nya, aku dok menghitung hari untuk melepasi ‘tempoh bertenang’ tu…seksanya. Aku juga ingat pesan ijad, kalau nak cepat jadi kaya, dunia blogging bukan untuk aku.

Ayat yang selalu dia cakap, berblogging ni ‘Cool dan Relax’.

Ye, cakap memang la boleh…..tapi bila dh sampai satu tahap, dah tak bleh nak cool lagi dah….tension siott…tengok orang dapat duit hari-hari. Aku bila pulak le nak merasai kemanisan berblogging tu….

Share

P7290485Salam blogger.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Seminar yang telah di anjurkan oleh saudara Rohaizad sememangnya telah membuka mata aku bahawa betapa besar peluang yang ada di dalam dunia blogging ini. Sememangnya apa yang aku jangkakan meselet / tidak tepat langsung sebelum menyertai seminar ini.

Aku bertolak ke JB sehari sebelum seminar dijalankan bersama-sama seorang lagi peserta seminar (Ejam).Bermalam di rumah adik ku yang bongsu di Taman Mutiara Rini. Sampai di JB lebih kurang pukul 12 tengah malam. Lepak-lepak dengan adik aku sambil makan supper (thanks to adik ipar aku yang goreng kuih semosa….mmg tengah lapar juga masa tu).  Bila dah kenyang, tengok TV la plak….Last2, tido kul 2.30pg. hehehe…

Cerita pada hari seminar boleh baca disini..

Share

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/jutawancyber untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Share

Salam kepada blogger / yang baru nak berblogging.

Pada satu ketika dahulu, aku tak pernah terfikir pun untuk mempunyai blog atau menulis blog seperti sekarang ni. Tapi aku tahulah juga apa yang dikatakan blog kerana aku selalu membaca blog seorang kawan ku bernama JAJA. Secara amnya, blog yang ditulis oleh kawan aku itu merupakan blog peribadi yang mana hasil tulisannya berkisahkan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh dia.  Dia menggunakan blog jenis Blogspot.

Jadi, bagaimanakah pula aku boleh terjebak ke dunia blogging ni?hhuhuhu. Begini ceritanya. Aku sering kali terdengar cerita ni di internet, blogger boleh buat duit. Aku pernah juga bertanya kepada kawan aku si JAJA ni, bagaimana blogger ni buat duit? tapi tiada jawapan yang aku dapat dari dia.

So, apa lagi cara untuk aku dapat kan maklumat itu? Senang aje, guna GOOGLE  la…hehehe. Dari situlah aku mula membuat reseacrh dengan membaca artikel-artikel berkenaan blogger yang buat duit di internet. Dari situlah titik permulaan aku untuk menceburi didalam dunia blogging ini. Keyword nya ialah,Make Money Online. Kalau tak kerana nak buat duit/pasif income, mungkin will power aku untuk membuat blog aku sendiri tidak akan tercapai.

Berbalik kepada tajuk asal arkitel ini, aku mula mencari arkitel-artikel bagaimana caranyanya untuk membuat page blog ini. Yang pasti, aku kurang minatlah untuk menggunakan platform blogspot. So, aku pun mencari alternatif lain. Di pendekkan cerita, aku terbaca artikel berkenaan membuat blog sendiri ini di Rohaizad.com. Di dalam artikel tersebut, beliau telah membuat satu review yang menarik berkenaan Pakej Kit Blogger tersebut. Ulasan dia memang telah menarik minat aku untuk membeli produk tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku terus membuat pesanan di link yang telah disediakan. Dengan bayaran produk sebanyak RM50, aku telah memperolehi Ebook yang amat hebat dan mudah difahami dalam masa 24jam setelah pembayaran dibuat.

Dan inilah hasilnya, blog Emyshahril Dot Com. Menarik bukan? Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk membangunkan blog ini. Apa yang paling penting ialah mengikut langkah-langkah yang telah diberikan. Ikut step by step dan pasti anda akan dapat blog seperti ini juga.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh katakan ialah Pakej Kit Blogger ini memang sangat sesuai untuk bakal-bakal blogger diluar sana kerana penerangannya amat jelas dan lengkap. Memang berbaloi beb…

Share