Skip to content

Archive

Tag: Pakej Kit Blogger

P7290485Salam blogger.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Seminar yang telah di anjurkan oleh saudara Rohaizad sememangnya telah membuka mata aku bahawa betapa besar peluang yang ada di dalam dunia blogging ini. Sememangnya apa yang aku jangkakan meselet / tidak tepat langsung sebelum menyertai seminar ini.

Aku bertolak ke JB sehari sebelum seminar dijalankan bersama-sama seorang lagi peserta seminar (Ejam).Bermalam di rumah adik ku yang bongsu di Taman Mutiara Rini. Sampai di JB lebih kurang pukul 12 tengah malam. Lepak-lepak dengan adik aku sambil makan supper (thanks to adik ipar aku yang goreng kuih semosa….mmg tengah lapar juga masa tu).  Bila dah kenyang, tengok TV la plak….Last2, tido kul 2.30pg. hehehe…

Cerita pada hari seminar boleh baca disini..

Share

Salam kepada blogger / yang baru nak berblogging.

Pada satu ketika dahulu, aku tak pernah terfikir pun untuk mempunyai blog atau menulis blog seperti sekarang ni. Tapi aku tahulah juga apa yang dikatakan blog kerana aku selalu membaca blog seorang kawan ku bernama JAJA. Secara amnya, blog yang ditulis oleh kawan aku itu merupakan blog peribadi yang mana hasil tulisannya berkisahkan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh dia.  Dia menggunakan blog jenis Blogspot.

Jadi, bagaimanakah pula aku boleh terjebak ke dunia blogging ni?hhuhuhu. Begini ceritanya. Aku sering kali terdengar cerita ni di internet, blogger boleh buat duit. Aku pernah juga bertanya kepada kawan aku si JAJA ni, bagaimana blogger ni buat duit? tapi tiada jawapan yang aku dapat dari dia.

So, apa lagi cara untuk aku dapat kan maklumat itu? Senang aje, guna GOOGLE  la…hehehe. Dari situlah aku mula membuat reseacrh dengan membaca artikel-artikel berkenaan blogger yang buat duit di internet. Dari situlah titik permulaan aku untuk menceburi didalam dunia blogging ini. Keyword nya ialah,Make Money Online. Kalau tak kerana nak buat duit/pasif income, mungkin will power aku untuk membuat blog aku sendiri tidak akan tercapai.

Berbalik kepada tajuk asal arkitel ini, aku mula mencari arkitel-artikel bagaimana caranyanya untuk membuat page blog ini. Yang pasti, aku kurang minatlah untuk menggunakan platform blogspot. So, aku pun mencari alternatif lain. Di pendekkan cerita, aku terbaca artikel berkenaan membuat blog sendiri ini di Rohaizad.com. Di dalam artikel tersebut, beliau telah membuat satu review yang menarik berkenaan Pakej Kit Blogger tersebut. Ulasan dia memang telah menarik minat aku untuk membeli produk tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku terus membuat pesanan di link yang telah disediakan. Dengan bayaran produk sebanyak RM50, aku telah memperolehi Ebook yang amat hebat dan mudah difahami dalam masa 24jam setelah pembayaran dibuat.

Dan inilah hasilnya, blog Emyshahril Dot Com. Menarik bukan? Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk membangunkan blog ini. Apa yang paling penting ialah mengikut langkah-langkah yang telah diberikan. Ikut step by step dan pasti anda akan dapat blog seperti ini juga.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh katakan ialah Pakej Kit Blogger ini memang sangat sesuai untuk bakal-bakal blogger diluar sana kerana penerangannya amat jelas dan lengkap. Memang berbaloi beb…

Share