Skip to content

Archive

Tag: photography

Salam Blogger.

Seperti yang aku janjikan, entry kali ini aku ingin berkongsi aktiviti photography aku pada musim cuti sekolah yang lepas. Sebelum aku terlupa , aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pasangan Feza dan Firdaus  kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk merakam kan detik manis dan kenangan indah di majlis pernikahan mereka.

Untuk pertama kalinya kini aku berkongsi gambar-gambar yang telah aku ambil semasa majlis tersebut berlangsung. Sebelum ini aku ada juga mengambil gambar majlis perkahwinan tapi aku tidak menyiarkannya di blog aku kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku ambil tu masih mentah, masih di dalam pembelajaran.

Setelah hampir setahun menceburi dan mendalami ilmu bidang photography ini, sudah tiba masanya aku untuk berkongsi dengan kawan-kawan aku diluar sana….

P/s : Gambar yang selebihnya boleh view disini

Share


Salam Blogger.

Dah 6 bulan lebih aku tak update pun blog ni, dah naik berkulat agaknya. Yang sebenarnya aku memang dah kurang aktif didalam blogging ni semenjak dua menjak ni. Walaubagaimanapun, aku akan cuba la sedaya upaya aku untuk mengupdate kan nya juga.

Ada beberapa posting yang akan menyusul selepas ini di mana akan aku kongsikan beberapa wedding event yang telah aku cover di musim cuti persekolahan yang telah berlalu pada awal Jun 2011. Nanti kan yer. Zaassssssssssss….

Share

emyshahril with saifulnang

Salam Blogger,

Untuk entry kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai workshop yang telah dianjurkan oleh Saiful Nang Akedemi Of Photography (SNAP).

Sememangnya SNAP diwujudkan adalah untuk memberikan segala ilmu yang telah dilalui oleh saudara SN sendiri sejak dari tahun 2004. Beliau berhasrat untuk membantu golongan baru/beginer untuk berjaya menjadi seorang photogapher yang dikenali di Malaysia dan di peringkat anratabangsa.

Banyak sharing yang telah aku perolehi oleh SN bagaimana untuk menjadi seorang photograher bertaraf antarabangsa. Yang pasti, jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang photogapher untuk sampai ke tahap seperti mana yang saudara SN miliki sekarang.

Share

Kepada individu / pengunjung galeri ini yang inginkan gambar-gambar untuk dijadikan sebagai kenangan , atau pun yang sedang berjinak-jinak didalam dunia Modeling /Fasyen, disini saya ingin menawarkan photoshoot  *PERCUMA* untuk di sekitar kawasan Bandar Melaka sahaja. Tempat dan lokasi adalah persetujuan bersama. Konsep / Pakaian / Make-up terpulang kepada individu tersebut. Pihak kami tidak menyediakan kemudahan pakaian / make-up. Sesi photoshoot akan diadakan diantara 1-2 jam.

*Tawaran ini tidak termasuk untuk sesi berikut :

- Pakej Perkahwinan / Pre-perkahwinan / Pertunangan

- Majlis Koperat / Sports

- Convocation / Graduation Day.

Hubungi kami di talian 013-6112665 (Shahril) untuk tempahan dan keterangan lanjut.

*Tawaran tertakluk kepada terma & syarat-syarat Shaz AV Entertainment & Management.

Share